Pages

Nov 19, 2014

Gambar Ezad Exist Ditahan Positif Dadah


Dalam satu salinan laporan tangkapan polis yang kami terima hari ini, difahamkan yang Ezad Exist atau nama sebenarnya

Mohd Rohaizad Bin Mohamad Lazim telah ditahan pihak polis sekitar jam 1.30 petang di sekitar kawasan kompleks Selayang Mall selepas menerima aduan.
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gombak telah menahan penyanyi itu yang berada di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Wish sebelum menemui peket kecil plastik lut sinar yang disyaki berisi dadah jenis syabu sebelum dibawa ke IPD Gombak.
Ujian saringan awal polis juga mendapati yang sampel air kencing Ezad Exist positif dadah.
Kami telah menghubungi IPD Gombak dan pegawai di bahagian narkotik mengesahkan tangkapan ini berlaku.

No comments:

Post a Comment

Any Comment?